Thursday, October 27, 2016

Dapatkan Resume Kerja Percuma

Setiap tahun paling kurang akan ada 2 semester pengajian tinggi akan melahirkan ramai graduan yang menamatkan pendidikan mereka. Dan sudah tentu setiap masa akan ada sahaja lepasan graduan yang sibuk mencari kerja. Dan salah satu perkara yang paling di cari di internet adalah berkenaan resume kerja. Ramai yang mencari panduan dan juga tips berkenaan cara membuat resume kerja yang betul dengan melihat pelbagai format resume yang ada di internet untuk diikuti.

Saya ingin berkongsikan pengalaman saya sendiri dengan anda. Saya bekerja dalam sektor swasta. Dan saya sudah bekerja hampir 10 tahun. Sejak 7 tahun lalu saya agak kerap mencari kerja baru dan menghadapi temuduga kerja. Boleh dikatakan saya berjaya mendapatkan panggilan untuk di interview temuduga kerja dengan hanya 1 resume sahaja yang saya tidak pernah edit sejak dari awal mula kerja dahulu sampai sekarang. Saya gunakan resume kerja yang sama sahaja.

Contoh Format Resume Kerja Percuma

Download Dan Muat Turun Resume Kerja Percuma


Adakah resume kerja saya bagus? Adakah format resume saya terbaik? Saya tidak tahu. Ini kerana format resume kerja adalah perkara yang subjektif. Tiada ketetapan umum bagaimana resume kerja anda perlu kelihatan. Pendapat saya ini boleh dianggap BENAR jika anda bekerja dalam sektor perindustrian perkilangan seperti saya. Kalau dalam sektor awam kerajaan, bidang animasi, bidang kesenian atau lain lain mungkin sedikit berbeza. Kalau kerja biasa, rasanya semua hampir sama sahaja.

Ramai graduan baru terutamanya pening untuk membuat resume kerja mereka. Mereka merasakan resume mereka lain dari rakan lain, tidak cantik, tidak lengkap dan sebagainya. Saya mendapat temuduga kerja hampir 8 kali di mana mana kilang tanpa masalah dengan resume yang saya anggap simple. Pihak HR (human resources) hanya mahukan cv resume yang mudah di baca dah difahami sahaja. Jika jelas dan faham, maka mereka akan memilih anda untuk dipanggil temuduga kerja. Yang penting kena ada info tentang diri anda, tentang pembelajaran anda, tentang pengalaman, aktiviti dan juga sumber rujukan diri anda. Itu sahaja.

Di bawah ini saya berikan anda 2 pilihan. Satu pilihan untuk muat turun resume kerja milik saya. Anda download dan edit dengan maklumat diri anda dan terus gunakan sahaja. Dan yang kedua anda boleh dapatkan panduan cara membina resume yang betul kalau anda mahu. Terpulang kepada anda. Mari dapatkan resume kerja percuma ini dengan klik link di bawah ini. Selamat mencari kerja.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

>>> Muat Turun Sample Resume Di Sini – [ Click Here ] <<<

>>> Dapatkan eBook Rahsia Resume Di Sini – [ Click Here ] <<<